Isnin, 29 Oktober 2012

Malam yang Mulia

Malam,
Indahnya malam,
Malam yang mulia
Malam yang penuh dengan bintang,
terang bulan menyinari bumi,
yang hilang tatkala malam,
Malam, 
andai ku dapat capai indahnya malam itu,
hilang kegusaran,
hilang semua tanggapan,
tapi malam itu sungguh tinggi,
hinggakan tidak ku tahu,
mampukah ku capai,
darjat malam itu,
akan ku usaha, 
membina tangga,
untukmu,
Malam

THE GEEKZ
11:54 PM
29/10/2012

Khamis, 25 Oktober 2012

Besar Tapi Kerdil


Dunia sudah terbalik
Kamu majoriti, Kami minoriti
Hilangnya asas, Hilangnya lumrah
Apabila nafsu mengalahkan akal fikiran
Apabila perasaan menguasai pemikiran
Goyahnya sesuatu ukhwah , terbuka satu persatu ikatan
Minoriti yang tidak diiktiraf
Hanya mampu memberontak, 
Di dalam hati yang selalu tersentak,
Yang semakin ditindas dan dipergunakan,
Dulunya yang mengawal segalanya, Kini kerdil dikawal sebaliknya,
Terseksa dengan masa, 
Menjadi pemerhati perubahan dunia,
Dunia sudah terbalik wahai kawanku........

The Geekz
02/09/2012
12:26 PM

Rabu, 24 Oktober 2012

Lemah Dengan Angan-Angan

Maafkan aku ,
yang mengubah segalanya dalam dirimu,
Maafkan aku,
menghapus silam mu,
Maafkan aku,
memberi tandukku,
aku insan berdosa,
sedang mencari pintu taubat yang terbuka,
maafkan diri ini jika tidak sempurna,
aku lemah tanpa dorongan,
yang hidup hanyalah angan-angan
hadirlah ketenangan,
supaya aku optimis mengejar angan-angan,
angan-angan yg mulia,
disisiNya

THE GEEKZ
06:14 PM
24/10/2012

Selasa, 23 Oktober 2012

Hati Subuh


Bismillahirrahmanirrahim,
Subuh yang dingin,
bangunku dalam kesyukuran,
masih lagi diberikan kehidupan.
walaupun diri ini masih tidak didepan,
lantas ku tekad,
untuk menjadi kuat,
mencari amanat,
untuk diri ini yang lemah,
lebih kerdil menyembahNya,
la tahzan,
sabarlah duhai hati,
tabahkan diri mu,
sentiasa mencari hikmah diatas apa yg berlaku,
agar diri ini sentiasa sedar,
tentang qada' dan qadarNya

THE GEEKZ
06:43 AM
23/10/2012

Isnin, 22 Oktober 2012

Timbus dan Lupakan



Kosong,
tidaklah kosong sepenuhnya,
lubang yang ditinggalkan,
tidak diisi seperti dulu,
ku sendiri mencari tanah, pasir, batu
tetapi bagaimana?
cukuplah datang menimbus sedikit lubang itu,
janganlah dibiarkan ia dipenuhi air kotor,
timbuslah walaupun sedikit,
agar lama-kelamaan ianya hampir penuh,
biar ku timbus selebihnya sampai penuh,
jangan kau biarkan lubang itu menjadi kolam,
menakung segala apa yang masuk kedalam,
dikuburkan sendiri oleh alam,

THE GEEKZ
11:19 PM
22/10/2012