Rabu, 14 November 2012

Siapalah Kita di Mata Tuhan

Siapalah kita di mata tuhan,
wajib seperti alas kaki.
sunat tercari-cari

Siapalah kita di mata tuhan,
Hakikat menyembah itu hanya biasa,
dan bukan luar biasa,

Siapalah kita di mata tuhan,
bila tiba, ramai angkat pedang
bila berakhir, sebaris sahaja yang berjuang

Siapalah kita di mata tuhan, 
bila tuhan letak di mata, 
bukan di hati....

renung dalam-dalam,
pegang kuat-kuat

THE GEEKZ
14/11/2012
11:58 PM

Selasa, 13 November 2012

unknown

Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria, Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.
Bicara.
Manis, ayuh jamah semua.
Pahit, telan seorang, cicip bersama.
Masin, tuang laju bagi tawar.
Masam, tahan sama, mungkin nanti tukar rasa.
Ketawa.
Biar besar-besar, kuat-kuat.
Tangis.
Biar perlahan-lahan, teresak-esak.
Senyum.
Biar lebar-lebar, pastikan ikhlas.
Mendung, Pinggir ke tepi.
Harapan palsu sebab diri masih rindu matahari.
Pasti.

Shafaza Zara Syed Yusof, 26 Mei 2010

Jumaat, 9 November 2012

ni nak citer pasal jodoh pulak


gua nak berkongsi sikit nie

"WALAU DIGENGGAM KUAT, andai ia bukan milik kita, ia akan terlepas jua...
Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua....
Itulah yang dinamakan, JODOH...." - Ustaz Azhar Idrus

bila gua pikir bilik, memang betul apa yang di quotekan oleh ustad ni...
soal jodoh ni kita tolak tepi sebaiknya...
klu dia dah memang jodoh kita, nanti datang jugak kt kita jodoh tu, insyaAllah

jadi teruskanlah hidup engkorang sume dilandasan yang benar

tapi kalau engko rasa disailang, takpelah, Allah tu Maha Adil...
adil dalam menegakkan keadilan, cewahhh ayat aku, amboi sangat

Khamis, 8 November 2012

entry sedih lagi mintak pelempang

dalam menulis blog ni, kesabaran yg tinggi sangat diperlukan....
haram jadah gua takde idea ni, kalau ikutkan hati nak jek aku tutup blog aku ni,
tapi atas "harapan" 29 orang followers aku, gua beranikan diri mengontinue hidupkan balik blog nie,
(engko tengok gua gabung english ngn melayu, power tak?), mohon kamus engliyu

semakin lama gua tengok budaya memblogging ni semakin hilang.
semakin hilang ditelan arus permodenan twitter, (gua sendiri pun ada twitter, cilaka kau twitter, terlanjur aku mengesign in mu)
ni yang sangkut kt 29 followers, gua pun xtaw hidup lagi ke x followers gua nie,
kalau engkorang hidup pun, bukannya taw nk baca blog aku
ni engkorang jangan sensitip pulak gua guna word "hidup", aku tak bermaksud mati ke apa, lebih kepada "aktif" kt blogging nie,

engko nak amek hati, pegi gantung diri engko ngn tali rapia

idea leplep yg dicuri


Engko orang pernah suka sorang makwe, gila gila punya suka tapi makwe tu macam takde harapan engko nak miliki tak? Gua pernah.

Engko orang pernah suka sorang makwe, separuh mati punya suka tapi makwe tu macam sekejap suka, sekejap bosan ke engko tak? Gua pernah.

Engko orang pernah suka sorang makwe, 100% punya suka tapi makwe tu ingat engko main main tak? Gua pernah.

Engko orang pernah suka sorang makwe, suka sampai tak tahu nak describe punya suka dan makwe tu pun suka engko juga tak? Gua tak pernah.



Tapi pada akhirnya nanti, apa pun balasan yang engko dapat bila menyukai seseorang engko tetap kena terima. Dalam scene menerima, terima hakikat adalah yang paling susah. Tapi sebagai seorang manusia, Tuhan berikan kita dua senjata, usaha dan doa. Ceewahhhh. Jadi bila suka seseorang, usahalah menyukai dia dan berdoalah dia akan jadi milik engko. Semoga kita semua tidak akan dipermainkan masa. 

credit to: brader leplep, blog bilamentolmenyala

Rabu, 7 November 2012

deep


Waktu akan terus berdetik, masa akan tetap berjalan, hari akan bertukar, hujan akan berhenti, anak anak akan membesar, ibu bapa akan menjadi tua, nakal akan menjadi matang, hidup akan menjadi mati, rindu akan menjadi luka, luka akan menjadi cinta, cinta akan menjadi bahagia dan bahagia milik kamu selamanya. Andai wujud mesin masa, akan gua biarkan ia berkarat kerna hari semalam sudah cukup mengajar, hari ini sudah cukup untuk belajar, supaya hari esok akan sempurna. 

taken from: http://bilamentolmenyala.blogspot.com/

Jumaat, 2 November 2012

Hujan Hati


Semalam aku menangis,
kenapa?
Semalam aku risau.
Kenapa?
Semalam aku dihantui kecewa,
Kenapa?
Kerana awan yang sudah berat,
Tidak mampu untuk menampung air yg tersejat,
Lalu hujanlah,
Selebat-lebat hujan

THE GEEKZ
02:57 PM
02/11/2012

Mimpi

Hadirlah mimpi itu,
aku mohon,
Hadirlah keindahan itu,
aku mohon,
Hadirlah mengubat kerinduan,
wahai mimpi indah,
Hadirlah mimpi,
Hadirlah membawa memori,
aku mohon,
Mimpi itu tiada yang haram,
Tidak ku harap juga mimpi yang hitam,
Kerana hanya dalam mimpi,
harapan itu satu kenyataan,
kenyataan yang terbatas untuk dizahirkan,
jika kau hadir wahai mimpi,
biarkan ku terkunci,
dalam keindahan visi,
dalam mata yg tertutup rapi,
hadirlah.....

THE GEEKZ
12:29 AM
02/11/2012