Sabtu, 17 Mac 2012

[CORETAN] PELAN TRANSFORMASI 10 TAHUN ARSENAL


DI SINI SEGALANYA BERMULA

Sejarah bermula pada tahun 1993 apabila Stadium Highbury berkapasiti 57,000 terpaksa mengurangkan tempat duduk kepada 38,500 tempat duduk untuk memberi ruang kepada pemasangan peralatan untuk aksi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah. Implikasi dari pengurangan tempat duduk ini mempengaruhi jualan tiket dan keuntungan untuk kelab serta menyaksikan puluhan ribu penyokong tidak dapat melihat aksi secara langsung di stadium. Dengan penkembangan kelab yang semakin pesat dan bilangan penonton yang bertambah, satu alternatif perlu dilaksana untuk mengatasi masalah ini.

Lantaran itu, pada tahun 1999 pengurusan kelab mengumumkan perancangan untuk membina stadium yang berkapasiti 60,000 lebih tempat duduk dan dijangka siap pada tahun 2003. Walaupun purata harga tiket sekitar £10, kapasiti yang meningkat bermakna tambahan £6.5 juta setahun menjadi rangsangan kewangan yang besar untuk kelab.

Pada hakikatnya harga tiket purata lebih daripada empat kali ganda lebih tinggi, bermakna anggaran pendapatan £ 20 juta-30 juta tambahan setahun berbanding Stadium Highbury. Namun kos pembinaan stadium akan menelan perbelanjaan sebanyak £ 470 juta termasuk kos sampingan walaupun sebahagian besar kos itu dibuat melalui tawaran penajaan, jualan pemain dan pelaburan bijak seperti pembangunan Highbury Square namun sebahagian besar kekal sebagai hutang.



Ironinya, kehadiran Arsene Wenger pada tahun 1 Oktober 1996 yang memiliki pemikiran dan idea yang luar biasa mengenai perpindahan pemain tepat pada masanya. Beliau merupakan seorang pengurus yang peka dengan situasi kewangan dan menentang dasar pembelian pemain-pemain bintang yang mahal sebaliknya membeli bakat-bakat muda atau pemain-pemain yang tercicir dari skuad kebangsaan tanpa mengurangkan kualiti pasukan antaranya Theirry Henry, Patrick Vieira, Nicolas Anelka, Kolo Toure, Fredrik Ljungberg, Robert Pires dan lain-lain.

Dengan pendirian Wenger dalam pembelian pemain dan belanjawan yang besar untuk pembinaan sebuah stadium, pengurusan kelab memutuskan untuk mewujudkan satu pelan jangkamasa panjang demi masa depan kelab. Pelan ini berperanan untuk mewujudkan situasi kewangan yang stabil dimana kebanyakan pemain-pemain akan diserapkan dari akademi daripada membeli pemain-pemain luar. Dengan memiliki sebuah akademi bola sepak yang baik, Arsenal bakal memiliki skuad ideal yang bakal dibarisi pemain-pemain muda dari pelbagai peringkat dan latar belakang yang akan mengantikan pemain-pemain senior.

2000-2003 – GELOMBANG PERTAMA

Sebelum skuad ‘The Invincibles’ mencipta sejarah mengegar Liga Perdana Inggeris, Arsene Wenger dan lembaga pengarah telah melaksanakan pelan jangkamasa panjang 10 tahun untuk menjadikan Arsenal kelab moden yang berdikari dan berdaya saing tanpa perlu bergantung kepada pemain-pemain berstatus bintang yang mahal untuk bersaing di peringkat tertinggi. Peringkat pertama pelan ini bermula apabila Arsenal mula menandatangani pemain-pemain berusia 16-18 tahun yang akan mengambil alih ketika Arsenal mengalami zaman kejatuhan kelak. Antara pemain generasi baru gelombang pertama ialah Cesc Fabregas (16), Johan Djourou (16), Gael Clichy (18), Nicklas Bendtner (16) Philippe Senderos (18) dan Arturo Lupoli (17).

2004-2006 – GELOMBANG KEDUA

Beberapa tahun kemudiannya, lebih ramai pemain remaja dibawa masuk semasa gelombang kedua seperti Alex Song (17), Theo Walcott (17), Wojciech Szczęsny (16), Abou Diaby (19), Carlos Vela (16), Vito Mannone (17) dan Denilson(18) yang akan membina asas yang kukuh untuk masa depan. Namun jurang antara pemain muda dan pemain yang lebih senior jelas ketara menyaksikan Arsenal mula melalui situasi prestasi yang tidak konsisten selepas zaman Invincibles.




Pada masa yang sama, Jose Mourinho mula menerajui Chelsea sekaligus mengubah corak dinamik Liga Perdana Inggeris dari pertarungan dua penjuru kepada 3 penjuru dengan Liverpool pula mula menjadi ancaman seterusnya menyaksikan tahap kompetitif Liga Perdana Inggeris meningkat 10 kali ganda dalam masa beberapa tahun. Dengan kehilangan pemain seperti Dennis Bergkamp, ​​Martin Keown, Thierry Henry, Robert Pires dan Patrick Vieira dalam tempoh tiga tahun serta pepindahan ke stadium baru, pemain-pemain gelombang kedua terlalu muda untuk mengalas harapan kelab di bahu mereka.

Idea asal untuk menyediakan sebuah pasukan campuran yang mantap gandingan antara pemain-pemain senior yang lebih berpengalaman dengan pemain-pemain muda yang lebih bertenaga. Tanpa pemain senior, pemain-pemain muda yang cetek pengalaman akan mudah terdedah untuk melakukan kesilapan dalam memikul tanggungjawap yang berat. Namun demikian, Wenger terdorong untuk melaksanakan sesuatu yang diluar perancangan awal sekaligus mewujudkan situasi kelab yang tidak seimbang ketika gelombang ketiga dan keempat berlaku. Maka pemain-pemain muda yang hadir ketika situasi kelab tidak stabil.

Penjualan Henry, Vieira, dan Pires tidak tidak termasuk dalam pelan asal dimana kelab menaruh harapan agar mereka akan mengikuti jejak Paul Scholes dan Ryan Giggs di Man United. Implikasi dari penjualan pemain-pemain tonggak ini memberi faedah kepada kewangan kelab seterus mempercepatkan proses pengurangan hutang. Namun ini bukannya kehendak pihak pengurusan kelab dan Wenger semata-mata namun ianya juga terdorong oleh kehendak pemain itu sendiri untuk berhijrah.

2008-2009 – GELOMBANG KETIGA

Gelombang ketiga bermula sekitar tahun 2008 dimana pemain-pemain muda seperti Aaron Ramsey (18), Jack Wilshere (17), Ignasi Miquel (16), Kyle Bartley (16), Francis Coquelin (17), Emmanuel Frimpong (16) dan lain-lain mula diserapkan ke pasukan simpanan dan tampil dalam perkembangan generasi baru. Dalam gelombang ketiga ini, Arsenal mula membina asas yang kukuh dalam skuad muda mereka dan pemain-pemain gelombang pertama mula menjadi tonggak dalam skuad utama dan segalanya berjalan mengikut perancangan. Dan Wenger sendiri tahu yang dia kekurangan pemain-pemain senior untuk melihat hasil sebenar perancangan ini namun pelan ini baru dipertengahan jalan.

2010-2011 – GELOMBANG KEEMPAT

Fabregas, Walcott, Clichy, Djourou, Walcott, Song, dan lain-lain selaku pemain gelombang pertama dan kedua telah mula mendapat tempat dalam skuad utama dan menjadi tonggak pasukan manakala pemain-pemain gelombang ketiga seperti Ramsey, Wilshere, Coquelin, Frimpong, Miquel mula mengintai ruang untuk diserap ke skuad utama. Gelombang keempat dimulakan pada tahun 2010 dengan kemasukan pemain-pemain seperti Wellington Silva, Jon Toral Harper, Samuel Galindo, Ryo Miyachi, Joel Campbell dan lain-lain dijangka bersedia untuk menjadi skuad utama dalam tempoh masa 3-5 tahun akan datang. Barisan pemain-pemain ini akan membentuk satu gelombang akhir sebelum pemain skuad utama yang masih muda dan menjadi pemain yang berpengalaman seterusnya menjadi kelab yang stabil dan berdaya saing mengejar kejuaraan.

2012 – SENARIO ARSENAL MASA KINI

Arsenal masih mempunyai setahun dua lagi untuk membuktikan strategi perancangan 10 tahun tersebut berjaya. Kini, Arsenal memiliki sebuah pasukan yang mantap dan harmoni beberapa tahun kebelakangan ini meskipun pemain-pemain gelombang pertama belum lagi mencapai kemuncak prestasi. Ironinya, Arsenal tampil cemerlang sebagai antara pencabar utama di liga paling kompetatif di dunia dan terlepas Piala Carling hanya kerana satu kesilapan kecil serta nyaris menyingkirkan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Segala apa yang berlaku dipenghujung musim ini , yang jelas Arsenal menunjukkan peningkatan saban tahun disamping pemain-pemain yang semakin matang. Namun, kita masih menunggu detik dan waktu Arsenal akan menuju ke gerbang kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

2013-2014 – GELOMBANG KELIMA

Semasa jendela perpindahan musim panas 2011, Arsene Wenger sempat menambah beberapa lagi pemain muda gelombang keempat ke dalam akademi dan mengikut pola yang sama menanti beberapa tahun sebelum bermulanya gelombang kelima dimana menandakan berakhirnya perancangan 10 tahun Arsenal sekaligus kembali aktif dalam pasaran perpindahan pemain dan pada peringkat ini barisan pemain-pemain gelombang pertama akan mengembalikan kegemilangan musim 2003-2004 dan terus mendaki ke puncak serta menjadi kelab yang memiliki pemain-pemain berpengalaman dalam pembikinan.

Pada peringat ini, Arsenal memiliki pemain gelombang ketiga dan keempat yang berusia sekitar awal dan pertengahan 20-an bersedia untuk mengambil tempat dalam skuad utama jika berlaku kecederaan atau penjualan pemain-pemain utama. Ironinya, Arsenal ketika itu memiliki barisan pemain-pemain yang cukup matang dan sempurna di pelbagai peringkat umur akan mula mendominasi persaingan seperti dalam perancangan awal.

Jangkaan peribadi saya, pada ketika ini Arsene Wenger akan meninggalkan pengurusan pasukan kerana tugasannya bersama Arsenal sudah selesai tetapi beliau terus berada di Emirates untuk beberapa tempoh masa sehingga proses tranformasi selesai. Seterusnya seorang pengurus muda akan dibawa masuk dan akan meneruskan kesinabungan dalam melahirkan bakat-bakat baru untuk dekad yang mendatang.

ADAKAH WENGER PATUT MENINGGALKAN ARSENAL SEKARANG?

Pada pendapat saya tiada kesilapan besar kepada Arsene Wenger terutamanya dalam perspektif jangkamasa panjang dan kelemahan yang berpunca dari strategi itu. Walau bagaimanapun, terdapat 4 aspek semasa proses peralihan ini yang mengakibatkan kejatuhan selepas kejayaan zaman ‘The Invincibles’ dimana sepatutnya semua berjalan lancar.

1- Pemain berpengalaman meninggalkan kelab terlalu awal – Arsene Wenger atau lembaga pengarah tidak boleh dipersalahkan tetapi sepatutnya mereka perlu lebih serius untuk mengekalkan sebahagian daripada pemain-pemain berpengalaman. Ketika Henry dan Vieira ingin meninggalkan Arsenal, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Namun Wenger dan lembaga pengarah sepatutnya perlu berusaha lebih untuk mengekalkan pemain-pemain seperti Pires dan Flamini di Emirates.

2-Jurang umur yang ketara – perbezaan umur di antara generasi ‘The Invincibles’ dan generasi gelombang pertama terlalu besar dimana proses peralihan tidak dapat dilaksanakan tatkala pemain-pemain senior mula meninggal kelab. Wenger dan lembaga pengarah tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan sepatutnya pelan jangkamasa panjang itu dimulakan pada 1999 lagi apabila cadangan pembinaan stadium dibuat dan bukannya 3-4 tahun kemudiannya.

3-Hubungan pemain yang rapat disebabkan pelan jangka panjang – tatkala pemain-pemain remaja berumur 16 tahun dibawa masuk yang akan memikul tanggunjawap dalam kelab bola sepak berkelas dunia, kepercayaan dan kasih sayang dibentuk kepada pemain yang masih muda. Ini akan mewujudkan tahap keharmonian yang tinggi tetapi juga hubungan yang terlalu rapat . Antara kritikan terhadap Wenger ialah dia sangat mempercayai pemainnya terus memberi peluang demi peluang walau tidak peningkatan yang ditunjukan oleh pemain tersebut. Wenger seharus menjadi lebih tegas terhadap pasukannya tetapi ianya berisiko danberkemungkinan menjejaskan keharmonian kelab.

4-Pengantian pemain utama dalan pelan jangka panjang – Kehilangan Vieira, Gilberto dan Flamini bermakna kehilangan kestabilan di bahagian pertahanan tengah sementara menunggu peningkatan daripada Alex Song. Situasi sama yang berlaku kepada Liverpool yang merudum disebabkan kehilangan Xabi Alonso di mana ‘holding midfielder’ itu sangat penting dalam bola sepak moden masa kini. Jika Wenger tidak mengabaikan perkara ini, Arsenal mungkin berjaya membentuk skuad yang lebih baik dalam tempoh 2005-2010. Walau bagaimanapun,pemain-pemain gelombang kedua dan ketiga mulai meningkat naik dan Alex Song semakin menunjukan kematangan dalam permainan dan ini bukan lagi menjadi isu utama pada tahun 2011 dan akan datang.

Oleh hal yang demikian, adalah tidak wajar jika kita mendesak Wenger atau lembaga pengarah yang telah melakukan segala-galanya dengan sempurna yang mengubak struktur dan wajah kelab menjadi sebuah kelab bola sepak moden yang disegani. Adakah Wenger dan Lembaga pengarah melakukan kesilapan. Jika jawapannya ya dan Arsenal menyingkirkan Wenger semasa fasa akhir pelan jangka masa panjang ini merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.setiap pengurus melakukan kesilapan tetapi kita perlu realistik dengan situasi yang berlaku. Kejayaan Wenger yang berjaya mengekalkan Arsenal dalam kelompok 4 terbaik sepanjang proses peralihan ini dala sebuah lga yang paling mencabar di dunia.

KESIMPULAN

Kegagalan Arsenal untuk memenangi piala sejak 6 musim yang lalu sangat mengecawakan peminat-peminat namun saya tidak kisah jika Arsenal tidak memenangi sebarang trofi dalam tempoh 10 tahun. Berdasarkan kerangka masa perancangan ini, ianya akan mengakibatkan situasi kelab yang tidak stabil sehingga segala-galanya selesai. Selain itu, berkat kesabaran Wenger yang sangat berdikari, konsisten dan effektif dalam memburu kejuaraan tanpa perlu membeli pemain bintang yang mahal seperti Fernando Torres yang bernilai £50 juta adal sesuatu yang wajar dipuji.

Pada masa ini, kita menyaksikan Arsenal mulai menuai hasil daripada pemain-pemain gelombang pertama dan kedua yang telah dibawa masuk beberapa tahun yang lalu. Namun kita masih perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk menyaksikan skuad kembai berada di puncak dan apa yang perlu dilakukan adalah bersabar sehingga pelan ini selesai. Jika kita melihat ini dari perspektif yang berbeza, makan kita akan memahami apa yang berlaku.

Antara isu utama yang dibangkitkan apabila Wenger tidak membawa masuk pemain tengah bertahan, pertahan tengah, dan penjaga gol semasa jendela perpindahan musim panas yang lalu. Penyokong mulai hilang keyakinan terhadap Almunia dan kita tidak mempunyai penganti untuk Song serta pertahan tengah yang sedia ada kurang pengalaman. Dan jika Arsenal membeli pertahanan tengah sekalipun, ianya tidak mengubah situasi kerana pelan belum selesai sepenuhnya. Wenger sering menegaskan berulang-ulang kali bahawa membeli pemain berpengalaman akan menjejaskan pelan ini kerana pemain muda tidak akan terbentuk secara semula jadi dan mengalami kesukaran untuk membuat penapilan dalam skuad utama. Dan jika Arsenal membeli pemain pertahanan berusia 27 tahun, posisi itu akan terkunci untuk tempoh 5 tahun sekaligus menghalang pembagunan pemain.

Untuk memastikan pelan ini benar-benar berjaya, posisi pemain perlu diisi oleh gelombang pemain kita sendiri sekaligus membentuk suatu proses pembangunan yang lancar dan progresif disamping mengekalkan kestabilan kelab. Saya yakin dalam tempoh masa terdekat ini, kita akan dapat menyaksikan kembali zaman kegemilangan Arsenal yang pernah kita nikmati suatu ketika dahulu dan trofi kejuaraan mula memenuhi ruang kabinet. Meskipun pelan ini belum sempurna, namun Arsenal sudah mula mencabar kejuaraan liga dan mara ke final. Semoga kita terus memberi kepercayaan kepada Wenger, pemain-pemain dan lembaga pengarah dan Arsenal bakal mengegear dan mendominasi kejuaraan tidak lama lagi.

*Artikel ini ditulis pada 13 Mac 2011 sehari selepas Arsenal tewas kepada Man U 0-2 dalam perlawanan suku akhir Piala FA dimana Arsenal telah kehilangan 3 piala dalam tempoh 14 hari

Diterjemah daripada artikel hasil tulisan Ix Techau bertajuk ‘The Mighty Transition: Why Arsenal Haven’t Won Anything In 6 Years.’

Rujukan : http://www.arsenalreport.com/editorial/the-mighty-transition-why-arsenal-havent-won-anything-in-6-years/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan