Jumaat, 13 Disember 2013

kenangan angin malam

sunyi malam, menusuk kalbu, ku hembus penderitaan, ku hirup ketenangan, selamat malam kenangan semalam, semoga engkau kekal di pendam

Jumaat, 14 Jun 2013

selamatkan dirimu penipu

hey kau,
kau mahu selamat
jadi kau lari
kau lari dengan penipuan
dia percaya kau
dia bodoh, sebenarnya kau lagi bodoh
penipuan kau sungguh mulia,
dihiasi bersama air mata gembira sebenarnya...
kau bersama kroni kroni
sungguh gah memakai topeng suci
kau harap dia makin benci
tapi itu tidak sama sekali

hey kau,
kenapa tak mahu terus terang
kasi setepek terus atas kepala lagi senang
kau takut kan? 
kau takut topeng mulia kau pecah kan?
kau takut ada musuh kan?
kau nak lari tapi taknak dibenci
jadik kenapa kau fikir macam tiada akal fikiran
kau ni pentingkan diri sendiri

hey kau,
dia merana tu
kau apa kisah
kau tak pernah kisah kan?
memang betul dia boleh tampal luka dia sendiri
tapi kau ingat ni macam tampal tayar ke?
kalau tiada niat di hati
janganlah kau sentuh di hati
kau lari lah dan jangan kembali
walaupun kau akan merasa juga satu hari nanti

THE GEEKZ
14 JUN 2013
09:44 PM

Khamis, 14 Februari 2013

Malam



Angin malam mula menggoncang pohon,
dan hari mulai menangis
aku teringat padamu,yang jauh
aku menghela nafas dan menusuk jari ku dengan jarum.(adakah aku bermimpi)

Firasat tak menyenangkan;
meliputi bulan yg malap.

aku tahan lagi,
bahkan jika itu hanya dalam mimpi
akan ku pegang erat-erat
tidak akan melepaskan dgn mudah

Keinginan aku,
Adakah ia keegoan seorng lelaki?
nnti kalau dia kembali lgi dlm mimpi
aku tahu cara utk menambat hatinya.

Pada malam gelisah,
aku berdoa kepadaNya.

Air mata menitis,
suara-suara mula sepi.
aku tahu,
aku tidak layak utk dia.

Aku ingin bersamamu lagi
dalam mimpiku,
aku ingin terus bahagia,
wlpn hatimu tk merelakan kedatanganku...

Credit to: Zick Hardy

Hujan Lebat



lihat,
malam ini hujan,
hujan lebat,
yang disangka tenang berpanjangan,
lantas hujan merampas angin kesunyian,
inilah kuasa tuhan,
takkan terkawal oleh kita,
terimalah apa yang mendatang,
dengan hati yang tenang
In Shaa Allah...

THE GEEKZ
14/02/2013
22:15

Khamis, 20 Disember 2012

entry gua paling islamik : Allah Maha Berkehendak


Iroodah (Berkehendak)
  
Sifat Allah adalah Iroodah (Maha Berkehendak). Allah melakukan sesuatu sesuai dengan kehendaknya. Mustahil Allah itu Karoohah (Melakukan sesuatu dengan terpaksa).

 Sesungguhnya ALLAH S.W.T ... 

Maha BERKEHENDAK terhadap apa yang ada...

okay tadi actually gua saja2 surf dan terjumpalah artikel pasal ni,

IROODAH (BERKEHENDAK)
Allah ada 20 sifat yang wajib, 20 sifat yang mustahil dan 1 yg harus,
dan satu yang harus itu ialah Allah Maha Berkehendak
okay mari kita lihat konsepnya, mengikut kefahaman gua lah kan, berkehendak itu maksudnya, sesuatu yang kita nk bnde tu terjadi, tapi manusia punye berkehendak terbatas, sebab kehendak kita Allah sahaja yang akan makbulkan, ye dak?

ALLAH maha bijaksana dan maha mngetahui.sejak azali lgi diwaktu diciptakan roh2,DIA sudah mngetahui ape perjalanan dan nasib hidup kita,ajal maut jodoh bhagia derita kaya miskin sihat sakit,semua dah tercatat dalam kitab luh mahfuz. tetapi  semua itu  boleh diubah dgn izin dan izinNYA,sesungguhnya DIA maha berkehendak, DIA mampu mngubah ape yang telah ditetapkan.DIA ciptakan akal dan hati untuk manusia berfikir dan menilai ..dan doa sebagai perantaraan kita dgn DIA ...........


jadi apa alasan kita untuk berhenti?


“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak untuk menciptakan sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.” [Al Baqarah:117]


engko fahamkan dalam2, penat jugak gua menulis bnda ni, adelah jgak skit2 kopipes, tapi ini untuk kebaikan engkorang semua, jadi engkorang semua janganlah kecewa dan menyerah, mintak je banyak2, peringatan untuk gua yang lemah ni jugak 


Untuk Kali Ini Sahaja,,,,

Megimbau kembali apa yang dikejar
Semuanya lari meninggalkan
Hati besi meneruskan
Akhirnya nampak seperti sebuah peluang
Lalu di capai sebuah harapan
Digenggam dahulunya dengan penuh kudrat
Tapi akhirnya
terbuka satu persatu genggaman
hanya satu jari yang terikat
ya Allah aku memohon untuk kali ini sahaja
untuk kali ini sahaja
kuatkanlah genggaman ini
agar ianya digenggam sepenuhnya kembali
sesungguhnya aku insan lemah
yang hanya boleh berdoa kepadaMu
Bantu aku....

THE GEEKZ
08:09 AM
20/12/2012

Rabu, 14 November 2012

Siapalah Kita di Mata Tuhan

Siapalah kita di mata tuhan,
wajib seperti alas kaki.
sunat tercari-cari

Siapalah kita di mata tuhan,
Hakikat menyembah itu hanya biasa,
dan bukan luar biasa,

Siapalah kita di mata tuhan,
bila tiba, ramai angkat pedang
bila berakhir, sebaris sahaja yang berjuang

Siapalah kita di mata tuhan, 
bila tuhan letak di mata, 
bukan di hati....

renung dalam-dalam,
pegang kuat-kuat

THE GEEKZ
14/11/2012
11:58 PM